Tamu besar Kota Belud, Sabah
October, 2019
1 tempat yang sangat menarik untuk kita kunjungi. tampat yang masih
mengekalkan ciri-ciri pasar traditional. Ianya sangat klassik dan memang
sepatutnya la dikunjungi oleh orang yang tinggal di bandar seperti saya ini.
Untuk tiba di Kota Belud ini, saya kena mengambil penerbangan dari Kuala
Lumpur ke Kota kinabalu. Saya mengambil Malindo Airways.
Malindo mempunyai 5 penerbangan ke kota kinabalu setiap hari. Nak flight tiket
yang murah kena booked awal ye. sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan awal.
Bergantung juga if tetiba ada promo. Sometimes untuk membership boleh dapat
email if ada promo. Nanti di akhir blog saya akan share kan beberapa TIPS ya! :)
Okay apabila tiba di KK kereta sewa saya sudah menunngu di airport. Saya
ambil LR Global rental car. service nya bagus, cepat and sangat tolerate.
person inchager dengan saya ialah Mr.Syukri. so boleh la call dia if nk cari kereta sewa ye. ni no nya 016-898
0574. Dia kenali saya sebagai kak Aimi :) so boleh la tanya nanti ye..
TOYOTA WISH
Perjalanan ke Kota Belud ini mengambil masa 1 jam 40 minit. Ke pasar tamu
lagi 10 minit ke dalam dan untuk mencari lagi bagi sesiapa yang pertama kali
datang ke sini. Semua masa itu bergantung kepada traffik dan speed anda drive
kereta la ye. #panducermatjiwaselamat :)
Pasar tamu Kota Belud ini buka seawal jam 6 pagi setiap hari, akan tetapi
pasar tamu ini tutup pada jam 11 pagi ke 12 tengahari. Itu pun bergantung
kepada para peniaga. Ada antara mereka yang tutup lebih awal. Bukan seperti
yang dinyatakan didalam maps Google or google search iaitu 6 pagi hingga 6
petang. Oleh itu waktu pasar tamu sebenarnya adalah seperti berikut:
Isnin hingga Sabtu 6 pagi hingga 12 tengahari
Ahad atau cuti umum 6 pagi hingga 5 petang
Semasa saya tiba di sini ada peniaga memberitau saya bahawa setiap bulan
October mempunyai pesta keramaian di pasar tamu Kota Belud ini. Tetapi saya x
berpeluang untuk tengok kerana pesta itu adalah bermula minggu hadapannya,
iaitu bermula 24/10/19 hingga 27/10/2019. Artis jemputan yang mereka jemput
adalah penyanyi popular Dato' Awie.
Cuaca sewaktu saya tiba di sini agak panas. Oleh itu, saya menasihati
ibubapa untuk memakaikan topi or bawa payung untuk anak-anak.
Di sini terdapat pelbagai barangan traditional seperti tudung saji, tikar
mengkuang, sepak raga dan bakul. Semua ini adalah hasil kraftangan mereka
sendiri, Sangat unik dan kreatif! Selain itu, terdapat pakaian, barang basah
seperti sayur-sayuran, ikan bilis, ikan masin, udang kering dan buah-buahan.
Semua ini dibahagikan kepada beberapa seksyen di pasar itu.
Saya ada juga cuba rasa beberapa jenis makanan. Jadi antara makan yang saya
recommended ialah:
- keropok
ikan atau kita panggil keropok lekor di semenanjung
- Pecal
sayur
- Kuih penjaram dibuat dari teoung kanji,gula dan air (kuih traditonal sabah)
- kerepek
pisang sabah (ada perisa masin dan manis)
Ni yang berkenanan di lidah dan tekak saya la ye..Nanti you all try okay.
Nak kata tentang harga. Memang murah! sila lihat di yutube channel saya
ini https://youtu.be/FcMLlV5Liug (jangan
lupa subscribe! It’s FREE)
Boleh dikatakan semuanya murah dan sedap! barangan yang sempat saya beli
adalah bakul, tudung saji yang dibuat daripada tikar mengkuang. Harganya antara
RM5 hingga RM 50.
Okay mari saya sharekan beberapa tips untuk trip ini, antara tips kota belud kali ini:
- Book
tiket awal. terutamanya ketika waktu promosi matta fair. Boleh dikatakan
semua airline bagi promosi harga yang hebat!!
- Book
kereta sewa pun kena awal ye. sebulan awal pun kira okay.
- Mesti
plan betul-betul time untuk ke sini, if not memang tinggal tapak la
jawabnya.
- Boleh
nego harga tapi sopan santun ye and jangan lebih-lebih sebab confirm
dioarang akan tau kita ni pengunjung. last-last x dapat la harga yang kita
nak.
So jangan tunggu lagi. Selamat bercuti ye! #cuti-cutimalaysia
myfoodsmysteps - follow instagram
supermom.adh@gmail.com - for inquiry
myfoodsmysteps
- subscribe at http://www.youtube.com(dont worry its FREE! just
click subscribe) dont miss any update!
Nak tau tempat mana lagi? tungguuuu.......
No comments:
Post a Comment